News

Kriket Twenty20 UKM

Monday, 09 March 2009 17:30

Kriket Twenty 20 UKMUKM buru satu lagi gelaran
 
Oleh TL ANG
 
GELARAN juara Kejohanan Kriket Antara Negeri berakhir kelmarin, sudah semestinya melonjakkan kegarangan skuad Universiti Kebangsaan Malaysia apabila bertarung dalam saingan Twenty20 UKM bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi bermula 10 hingga 15 Mac ini di Bayuemas Oval, Klang dan UKM Oval, Bangi.
 
Enam pasukan unversiti tempatan bertanding dalam pertandingan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia itu yang secara langsung memberi pendedahan pertandingan berformat 20 over yang menjanjikan pertemuan aksi tinggi membabitkan sebahagian besar pemain pelapis kebangsaan dan peserta antarabangsa yang menuntut di negara ini.

Baca lagi..

 

Kriket Perisai Raja-Raja

Sunday, 08 March 2009 18:02

Tentera tumbang tipis dalam misi pertahan gelaran

Selangor-UKM pastikan kejuaraan

 

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

BARISAN JUARA... pasukan Selangor-UKM meraikan kecemerlangan mereka merangkul Perisai Raja-Raja musim 2009.

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Selangor-UKM merampas kejuaraan Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja apabila menumbangkan juara bertahan, Tentera dengan satu wiket pada perlawanan akhir mendebarkan di Bayuemas Oval, Klang hari ini.


Kejuaraan sulung selepas dua tahun menyertai kejohanan tersebut diraih selepas mengharungi perlawanan sengit lagi mendebarkan apabila Selangor-UKM dikerah sehingga dalam 48.2 over sebelum memastikan kemenangan dengan mengumpul 168-9; mengatasi Tentera yang melakukan 167 larian.

 

Baca lagi..

 

Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Ke-4

Written by Rosmanizam Abdullah Saturday, 07 March 2009 18:21

Kedah tumpas tanpa turun menghitung nasib

Tentera cemas sebelum layak

 

SHUKRI RAHIM... aksi hebat di Bayuemas Oval dengan 39 larian tanpa tewas.

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Tentera bernasib baik melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja untuk mengulangi aksi tahun lalu apabila Negeri Sembilan gagal menyempurnakan sasaran tinggi lawan pada pertemuan di Bayuemas Oval, Klang hari ini.

 

Dengan sasaran 156 untuk menang dalam 36 over dilihat bukan mudah bagi Tentera pada peringkat awal, Negeri Sembilan yang melakukan 153-7 dalam sesi memukul akhirnya tumbang dengan enam wiket. Tentera memastikan matlamat dicapai dalam hanya 34.5 over.

Baca lagi..

 

Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Ke-3

Written by Rosmanizam Abdullah Friday, 06 March 2009 16:41

Negeri Sembilan diperangkap

 

PEMUKUL Selangor-UKM, Shafiq Sharif (kanan) melakukan hayunan sewaktu beraksi di lapangan tengah pada pertemuan dengan Negeri Sembilan di UKM Oval, Bangi 6 Mac 2009. KUALA LUMPUR, 6 Mac - Selangor-UKM mudah menjinakkan Negeri Sembilan dengan 113 larian di UKM Oval, Bangi hari ini sekali gus mara ke separuh akhir saingan kriket merebut Perisai Raja-Raja untuk bertemu Kedah esok.   

 

Turut menang hari ini di Bayuemas Oval ialah juara bertahan, Tentera yang mengatasi Kedah dengan empat wiket dan akan bertemu Negeri Sembilan dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Baca lagi..

 

Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Ke-2

Thursday, 05 March 2009 16:31

Tentera tayang keperkasaan

 

BEKAS pemain kebangsaan yang mewakili Sabah, Hatta Patombongi melakukan pukulan sewaktu pertemuan dengan Selangor-UKM pada pertemuan Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja di UKM Oval, 5 Mac 2009. Penjaga wiket Selangor-UKM, Shafiq Sharif berhati-hati di belakang kayu pancang. KUALA LUMPUR 5 Mac - Juara bertahan, Tentera menayangkan keperkasaan dengan kemenangan sembilan wiket ke atas Remaja Bawah 15 dalam saingan kriket merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, Klang hari ini.

 

Di UKM Oval, tuan rumah, Selangor-UKM tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Sabah dengan lapan wiket sekali gus merehatkan kemaraan barisan dari Malaysia Timur itu dalam pertandingan ternama yang dianjur sejak tahun 1951.

Baca lagi..

 

Kriket Perisai Raja-Raja - Hari Pertama

Wednesday, 04 March 2009 19:21

 Kedah, Negeri Sembilan menang besar

PENJAGA wiket Remaja Bawah 15, Ahmad Tajudin Ismail (kiri) bersedia di belakang kayu pancang dalam pertemuan menentang Kedah pada hari pertama Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja di UKM Oval, 4 Mac 2009.

JUARA tahun 2003, Kedah dan naib johan musim 2008, Negeri Sembilan melakar kejayaan besar pada hari pertama Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja hari ini.

Remaja bawah 15 tahun yang diwujudkan menggantikan Johor yang menarik diri tahun ini, tewas dengan 105 larian kepada Kedah di UKM Oval, Bangi dengan pemain bawah 19 negara, Syazrul Ezat Idrus melakukan 97 larian dalam ining skuad utara itu. Terdahulu Kedah yang memenangi undian dan memilih untuk memukul hanya mengetuk 155 larian dalam 28.2 over.

Baca lagi..

 

Kriket Perisai Raja-Raja

Thursday, 26 February 2009 12:04

Perhitungan dalam ‘kumpulan juara’

 

SETELAH memenangi kejuaraan pada tahun 2003 di Kelab Kilat, Kuala Lumpur , Kedah bakal tercabar keperkasaan apabila menyertai semula Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja bermula 4 hingga 8 Mac ini di Bayuemas Oval di Klang dan UKM Oval, Bangi.

 

Berbekalkan kegarangan sebagai juara divisyen satu Liga Kriket Kebangsaan musim 2008, Presiden Persatuan Kriket Kedah, Ahmad Feisal A. Tajuddin mengumumkan bahawa barisan untuk pertandingan tahun ini akan digabungkan  dengan barisan belasan tahun yang berkemampuan.

Baca lagi..

   

Page 58 of 58