News
Barisan remaja kekalkan kehebatan
Sunday, 19 December 2010 22:16
KUALA LUMPUR - Skuad remaja Melayu Malaysia berupaya mempertahankan keselesaan apabila mengatasi Melayu Afrika Selatan dengan 30 larian dalam acara bawah 15 kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, Klang pada 19 Disember 2010.Sehari sebelum itu, barisan negara menumbangkan skuad kebangsaan Singapura dengan empat wiket di Kinrara Oval untuk mencerahkan peluang beraksi dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval, 25 Disember ini.
Melayu Malaysia menang perlawanan pembukaan
Saturday, 18 December 2010 19:10
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia memulakan saingan kriket Trofi Melayu Antarabansa IX dengan baik apabila pasukan bawah 15 dan senior memenangi pertemuan awal menentang Singapura pada 18 Disember 2010.Dalam acara senior, Singapura ditumpaskan dengan lima wiket di Bayuemas Oval, Klang manakala barisan bawah 15 Melayu Malaysia mengalahkan Singapura dengan empat wiket di Kinrara Oval, Puchong.
Tanah Merah jadi pusat pembangunan ke-17 Kriket Melayu
Monday, 06 December 2010 19:12
TANAH MERAH - Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan menjadikan jajahan Tanah Merah sebagai pusat ketiga dalam Program Pembangunan Kriket Remaja di Kelantan mulai tahun depan untuk menggenapkan sejumlah 17 pusat di seluruh negara.Sewaktu mengharungi sesi Himpunan Pengenalan Bawah 12 sejak 3 hingga 6 Disember 2010 di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1, kesungguhan 53 pemain perempuan dan lelaki bersama pegawai setempat amat meyakinkan beberapa anggota majlis Kriket Melayu.
Peguam ketuai Kriket Kelantan
Sunday, 05 December 2010 22:07
TANAH MERAH - Peguam ternama, Azmi Mohd. Ali telah menerima mandat sebagai presiden baru Persatuan Kriket Kelantan dalam mesyuarat agung tahunan di sini 4 Disember 2010.Azmi, 50, yang merupakan pengerusi kepada firma guaman Azmi & Associates telah menerima sokongan sebulat suara untuk mengetuai sebuah persatuan yang memiliki pasukan peringkat usia yang digeruni di Malaysia. Beliau juga ahli lembaga pengarah beberapa firma besar termasuk Sime Darby Berhad dan Chemical Company of Malaysia (CCM).
MAJLIS MAKAN MALAM TROFI MELAYU ANTARABANGSA
Sunday, 28 November 2010 16:24
SEMUA ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia dijemput menghadiri jamuan makan malam sempena pertarungan kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX yang akan berlangsung mulai 8 hingga 26 Disember 2010 di Bayuemas Oval dan Kinrara Oval.Jamuan akan berlangsung berpandukan keterangan berikut:
Tarikh: 21 Disember 2010 bersamaan Selasa.
Mulai: 7.45 malam.
Tempat: Ballroom, Kelab Selangor Diraja (Dataran Merdeka).
Pakaian: Baju Melayu / batik dan bagi perempuan, kebaya atau kurung.
Harap dapat hubungi Batumalai Ramani di talian 03.21450000 untuk mengesahkan kehadiran.
Melayu Afrika Selatan, pasukan kebangsaan Singapura dan Melayu Malaysia bertanding dalam pertandingan tahun ini. Dua acara dipertandingkan, senior dan bawah 15.
SKUAD BAWAH 15 MELAYU MALAYSIA HARUNGI PERLAWANAN DI SRI LANKA
Wednesday, 24 November 2010 16:53

ENAM belas pemain bawah 15 Melayu Malaysia berlepas ke Colombo, Sri Lanka pada 24 November untuk menghadapi lapan babak persahabatan antarabangsa dengan pasukan tempatan di negara berkenaan.Pasukan berkenaan di bawah pengawasan Cikgu Hafiz Ishak dari SMK Seri Pekan dan dibantu oleh penolong pengurus, Cikgu Mat Rani Seman dari Tumpat, Kelantan. Cikgu Mat Rani juga akan bertindak sebagai pengadil.
UWA Australia juara varsiti antarabangsa
Thursday, 05 August 2010 19:00

KLANG - Pengumpulan angka rendah sememangnya tidak dapat membantu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menguasai babak akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa yang berakhir di Bayuemas Oval di sini 5 Ogos 2010.Wakil Sri Lanka di tangga ketiga
Wednesday, 04 August 2010 20:34
KUALA LUMPUR - University of Colombo (UC Sri Lanka) melengkapkan cabaran pada Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga apabila menumbangkan University of Engineering & Technology, Pakistan (UET Pakistan) dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval, Klang, 4 Ogos 2010.UKM berentap dalam babak akhir
Tuesday, 03 August 2010 18:48
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengatasi babak-babak cemas pada pertengahan aksi separuh akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa untuk mengetepikan University of Colombo, Sri Lanka dengan dua wiket dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 3 Ogos 2010.UKM lawan UC Sri Lanka dalam separuh akhir
Sunday, 01 August 2010 23:53
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membenam University of Engineering & Technology Pakistan (UET Pakistan) dengan lapan wiket untuk mengetuai kumpulan A dan akan bertemu University of Colombo dari Sri Lanka (UC Sri Lanka) dalam pertemuan separuh akhir 3 Ogos 2010 di Bayuemas Oval, Klang.UWA pastikan kemenangan mudah ke atas NUS Singapura
Saturday, 31 July 2010 19:27
BANGI - Pasukan pilihan, University of Western Australia (UWA Australia) mudah menyingkirkan National University of Singapore (NUS Singapura) dengan kemenangan mudah, 127 larian dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval di sini, 31 Julai 2010.More Articles...
Page 51 of 61





