News
PEMAIN UKM KENDALIKAN PROGRAM PEMBANGUNAN KRIKET
Monday, 18 January 2010 09:13
BANGI - DUA pelajar pusat prestasi tinggi kriket di Universiti Kebangsaan Malaysia akan ditugaskan mengendalikan latihan bagi kumpulan bawah 12 di Oval UKM bermula Sabtu ini (23 Januari).Kedua-dua pelajar, Ahmad Faiz M. Noor yang merupakan naib kapten skuad utama kebangsaan dan Asyraf Naim Sham telah mengikut kursus kejurulatihan tahap satu kendalian Majlis Kriket Asia (ACC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SMK (Perempuan) Pudu diterima dalam Projek Kriket Nasional
Thursday, 14 January 2010 10:35
KUALA LUMPUR - Setelah setahun menerima latihan daripada jurulatih Persatuan Kriket Melayu Malaysia, kini Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu disahkan menjadi anggota Projek Kriket Nasional apabila Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 13 Januari 2010.PENGUMUMAN AWAL TAHUN 2010
Monday, 04 January 2010 15:00
SEMPENA tahun baru 2010, Persatuan Kriket Melayu Malaysia memohon semua ahli (kecuali ahli seumur hidup) agar membaharui yuran tahunan.HAPPY NEW YEAR 2010
Friday, 01 January 2010 00:00

sports officials, sponsors/supporters of MCAM,
sports journalists and Malaysians a “HAPPY NEW YEAR”.
UKM tumbangkan Chittagong untuk bergelar juara
Monday, 07 December 2009 10:28
KLANG -- Tahun ini giliran Universiti Kebangsaan Malaysia mengungguli saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia apabila menang besar, lapan wiket ke atas University of Chittagong dalam babak akhir menghiburkan di Bayuemas Oval pada 6 Disember.Tempat ketiga milik Colombo
Sunday, 06 December 2009 19:21
KLANG - Kedudukan ketiga menjadi milik University of Colombo apabila himpunan 261 larian merupakan angka tinggi untuk dilepasi Christ University dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval pada 5 Disember.
UKM menyerah kepada Chittagong
Friday, 04 December 2009 22:43
KLANG - Pertemuan prababak akhir antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan University of Chittagong, Bangladesh di Bayuemas Oval di sini, 4 Disember, berakhir dengan kemenangan bagi pasukan pelawat setelah perlawanan hanya diperuntukkan sebanyak 29 over setelah hujan lebat pada sesi pagi.Dengan penumpuan untuk melakukan pelbagai aksi pukulan perkasa, UKM berjaya menimpun 156 larian dalam 28.3 over dengan pembuka pukulan Shafiq Sharif memperoleh 60 larian di samping Faiz M. Noor, 48 dalam gandingan wiket kedua berjumlah 114 larian.
UKM mara, juara bertahan tersungkur
Friday, 04 December 2009 15:30
Oleh HISYAMUDDIN AYUB
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KLANG – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia setelah mencatat kemenangan mudah lapan wiket ke atas Christ University dari India pada 3 Disember.
Dengan dua kemenangan berturut-turut, UKM mempertahankan rekod tahun lalu apabila turut bersaing dalam babak akhir tetapi tumpas kepada University of Colombo dalam pertemuan akhir, juga di Bayuemas Oval.
Keazaman di Colombo
Thursday, 03 December 2009 15:45
Oleh TL ANGSkuad yang dibarisi 14 pemain dan tiga pegawai menjanjikan berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik daripada jangkaan 52 pasukan yang bakal bertanding tahun ini.
UKM langkah kanan benam juara bertahan
Thursday, 03 December 2009 14:19
Oleh FERZALFIE FAUZI
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Setelah berhadapan dengan gangguan hujan pada sesi petang, pelawat yang disediakan kaedah Duckworth-Lewis dengan meletakkan sasaran 160 untuk menang dalam peruntukan 46 over itu telah menyaksikan pemukul pertengahannya gagal menggunakan peluang mempercepatkan larian pada pengakhiran pertemuan.
UKM mahu tingkat pencapaian
Wednesday, 02 December 2009 15:46
KUALA LUMPUR - Pasukan negara yang diwakili Universiti Kebangsaan Malaysia pada Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia, dilihat berpeluang menyerlah dalam pertandingan antarabangsa itu bermula 1 Disember.Pengurusnya, Khairul Asyraf Rodhi berkata, skuad negara yang dibarisi enam pemain berpengalaman mampu menjanjikan persembahan terbaik, sekali gus memberi cabaran sebenar kepada wakil dari Sri Lanka, Bangladesh dan India .
Katanya, pasukan yang menggabungkan barisan pemain kebangsaan dan belia negara bakal memantapkan lagi kekuatan skuad UKM.
More Articles...
Page 56 of 61





