News
Sri Lanka catat rekod gandingan wiket pertama
Thursday, 02 April 2009 17:42
Oleh TL ANGKehebatan Sri Lanka terserlah dengan penyempurnaan 247 larian untuk satu wiket dalam peruntukan 40 over dengan pemukulnya, Shasheen Fernando melakukan 104 larian. Seorang lagi pemukul Sri Lanka, Kausal Mendis mengumpulkan 89 larian tanpa tewas dan bergandingan dengan Fernando untuk mencatat rekod kejohanan hasil pakatan wiket pertama berjumlah 206 larian.
Tun Ahmad Sarji presiden baru Kriket Melayu
Written by Rosmanizam Abdullah Wednesday, 01 April 2009 19:59
Pelantikan itu berlangsung pada mesyuarat majlis Kriket Melayu semalam di Bayuemas Oval di sini pada 31 Mac 2009 berpandukan Peraturan 12, perlembagaan pertubuhan itu yang membenarkan majlis melakukan pelantikan jika wujud kekosongan hingga persidangan agung pemilihan yang dijadualkan tahun depan.
Berikutan pelantikan Ahmad Sarji ke jawatan No. 1, salah seorang naib presiden, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob pula diberi mandat untuk memegang jawatan timbalan presiden.
Malaysia pastikan kemaraan ke babak akhir
Wednesday, 01 April 2009 19:54
Oleh TL ANG
Apabila dipaksa memadang dalam pertemuan di Bayuemas Oval, serbuan Malaysia menyaksikan Singapura mengheret gandingan wiket kedua antara Iishan Shekhar dengan Vikas Rajagopal berjumlah 43 larian; dengan tanda skuad republik itu mampu mengumpulkan angka tinggi sebagai penentuan ke babak akhir untuk bertemu Sri Lanka Ahad ini.
Malaysia tumpas, semakin tertekan
Tuesday, 31 March 2009 18:54
Oleh TL ANGSetelah hanya menang tipis dengan satu wiket pada Ahad lepas, Singapura buat masa ini lebih bersedia dan bersemangat untuk membenam skuad negara bagi memastikan babak akhir Ahad ini dilangsungkan tanpa aksi tuan rumah.
Sri Lanka ratah Singapura
Monday, 30 March 2009 15:58
Oleh TL ANGPertemuan dengan Malaysia esok di gelanggang sama masih memberikan kelebihan kepada pasukan daripada kalangan negara test itu setelah skuad tuan rumah terpaksa bertungkus lumus untuk mengatasi Singapura dengan satu wiket semalam.
Malaysia hampir tersungkur
Sunday, 29 March 2009 19:28
Kejohanan tiga penjuru merebut Trofi Tuanku Ja'afar yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahn 2004 turut membabitkan juara bertahan, Sri Lanka.
Tertekan dengan hanya 98 larian yang dikumpul Singapura, Malaysia kehilangan dua wiket awal pada kedudukan 13 sebelum berhenti rehat pada sesi tengah hari yang turut diselangi hujan renyai-renyai.
Tough times for Malaysia
Thursday, 19 March 2009 18:40
In the three-nation affair, the tussle for the Tuanku Ja'afar International Trophy will again pit Malaysia against Sri Lanka, the defending champions, and Singapore. But based on their recent performances since the tournament was inaugurated in April 2004, the Malaysians are in for a rough ride this time.
Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-5
Sunday, 15 March 2009 19:50
UKM tepati ramalan juara Kriket Twenty20
BANGI, 15 Mac - Beraksi di gelanggang sendiri seakan-akan memberi tuah buat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi pada Kejohanan Kriket Twenty20 UKM selepas menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tujuh wiket dalam saingan mendebarkan di UKM Oval, Bangi hari ini.
Perlawanan yang dijangka bermula seawal pukul 10 pagi itu terpaksa dilewatkan kerana keadaan padang yang sedikit becak akibat hujan pada sebelah pagi tetapi ia tidak mematahkan semangat pemain UKM yang terdiri daripada sebahagian besar barisan pelapis kebangsaan.
Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-4
Friday, 13 March 2009 19:45
UKM, UIA mara ke babak akhir
Kejayaan mengetepikan MMU yang rata-rata dibarisi pelajar luar negara memastikan UIA sebagai naib juara kumpulan A bertemu lagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pertarungan penentu juara di UKM Oval, Bangi pada 15 Mac.
Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-3
Thursday, 12 March 2009 23:31
Universiti Pertahanan gegar UTM
KLANG, 12 Mac - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menonjolkan kemantapan menerusi pemain serba boleh, Saadun Yaacob untuk menyerapkan ke separuh akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval hari ini.
Turut layak menerusi pertemuan hari ini ialah Universiti Islam Antarabangsa yang menyingkirkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 39 larian.
UPNM membelasah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan lapan wiket pada sesi petang yang menyaksikan Saadun bergaya di lapangan tengah dengan 23 tanpa tewas.
Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-2
Wednesday, 11 March 2009 19:54
UKM layak ke separuh akhir
KLANG, 11 Mac - Saingan yang dijangka sengit antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ternyata tidak menjadi apabila UKM yang rata-ratanya diwakili barisan pelapis kebangsaan menang mudah dalam pertemuan kedua peringkat kumpulan Kejohanan Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang hari ini.
Saat manis menjuarai Perisai Raja-Raja ternyata menjadi tonik berharga buat UKM untuk mudah menewaskan UIAM yang diwakili seratus peratus pelajar luar negara dengan pengumpulan 143 larian sekali gus muncul pasukan pertama yang akan beraksi pada separuh akhir 13 Mac ini..
Walaupun tewas dalam undian dan diarah membuat pukulan terlebih dahulu, UKM dengan bergaya melakukan 185 larian dalam 20 over sekali gus memberi sedikit tekanan buat UIAM apabila tiba giliran mereka memukul.
More Articles...
Page 57 of 58