News
Ratusan pelajar MBS Sentul sertai sesi kriket
Thursday, 12 December 2024 15:19
KUALA LUMPUR - Keseriusan seorang pengetua untuk memastikan kriket kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Sentul (MBS Sentul) telah memastikan 320 pelajarnya menghadiri sesi pengenalan sukan itu kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
Pengetuanya, Koek Chu Hiang, 59, berkata, sejak tahun 1960-an hingga 80-an, MBS Sentul melahirkan bintang-bintang kriket yang membarisi skuad kebangsaan dan kini sudah tiba masa bagi sekolah itu menyerlahkan semula kecemerlangan lalu.
Siapa sahaja boleh sertai ujian pemilihan kriket
Friday, 22 November 2024 18:58
KUALA LUMPUR - Victoria Institution dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan menganjurkan sesi ujian pemilihan pemain bagi kemasukan akademik tahun 2025 khusus untuk memperkuatkan barisan sekolah itu dalam permainan kriket peringkat usia.
Mengumumkan perkara itu, Pengetua VI, A. Samad Othman berkata, ujian yang akan diadakan di Victoria Oval pada 7 Disember 2024 ini bakal memilih pemain-pemain perkasa dan berbakat tinggi agar dapat membarisi skuad nasional kelak.
Methodist Sentul pastikan kriket jadi keutamaan
Thursday, 14 November 2024 20:08
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Sentul (MBS) mencapai kata putus untuk membangunkan kriket seawal Januari tahun 2025.
Dalam taklimat di sekolah berkenaan yang disertai oleh anggota lembaga pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pengetuanya, Koek Chu Hiang mengumumkan pembangunan yang dirancang akan membabitkan ramai pelajar tingkatan satu hingga tiga dengan bantuan kejurulatihan pihak luar yang berwibawa.
Sokongan padu kursus pencatat dan pengadil
Sunday, 06 October 2024 18:32
KUALA LUMPUR - Dalam usaha melahirkan ramai pencatat kriket yang berbakat besar, Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) telah mengendalikan kursus asas dengan dihadiri seramai 15 peserta pada 5 Oktober 2024.
Kursus dengan sokongan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berlangsung di Rumah Kriket Melayu telah dihadiri ramai guru perempuan.
Mohsain, ahli kanan Kriket Melayu meninggal dunia
Wednesday, 02 October 2024 21:53
KUALA LUMPUR - Mohsain Hashim, ahli kanan Persatuan Kriket Melayu Malaysia meninggal dunia tengah hari 28 September 2024 di Hospital Ampang, Selangor akibat serangan jantung.
Bekas askar udara yang kemudian bertugas di Shell Malaysia telah menyumbang tenaga dalam Kriket Melayu sejak menjadi ahli pada 18 Jun 1994.
Sasaran keterlaluan lumpuhkan Sabah
Saturday, 07 September 2024 20:30
KUALA LUMPUR - Himpunan angka tinggi memastikan Negeri Sembilan mudah merangkul kejuaraan kriket antara negeri apabila mengetepikan Sabah dengan 230 larian dalam perlawanan akhir di Kelab Aman, 7 September 2024.
Dengan membariskan ramai pemain berwibawa. Negeri Sembilan yang kini memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun keenam berturut-turut telah mengumpulkan 334-8. Pemain serba boleh kebangsaan, Syahadat Ramli bergaya dengan beberapa hayunan enam telah menghimpun 150 larian menerusi 120 balingan.
Sabah bangkit untuk beraksi dalam babak akhir
Friday, 06 September 2024 08:09
KUALA LUMPUR - Sabah yang kembali menyertai Kejohanan Kriket Antara Negeri memastikan peluang beraksi dalam babak akhir dicapai apabila menewaskan Selangor dengan 17 larian di Kelab Aman, 5 September 2024.
Walaupun kalah undian dan dipaksa memukul terdahulu, Sabah menggembleng tanggungjawab untuk mengumpulkan 240 larian untuk sembilan wiket dalam 40 over.
Negeri Sembilan menang semua perlawanan
Wednesday, 04 September 2024 23:40
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan melengkapkan tiga kemenangan untuk mara ke babak akhir saingan kriket antara negeri setelah menumbangkan Selangor dengan 116 larian di RSC Oval, 4 September 2024.
Dengan angka tinggi dikumpulkan berjumlah 308 larian berpandukan peruntukan penuh, Negeri Sembilan mengakhiri ketukan Selangor setakat 192 dalam 33 over.
NS bersemangat, Selangor menang tipis
Tuesday, 03 September 2024 21:03
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menang besar; 153 larian ke atas Sabah sekali gus semakin bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan saingan merebut Perisai Raja-Raja.
Pertemuan di Kelab Aman pada 3 September 2024, menyaksikan skuad juara selama lima tahun berturut-turut itu melakukan 243 larian dengan bekas pemain kebangsaan Ammar Zuhdi Hazalan menyempurnakan 92 menerusi 68 balingan.
Pahang tersungkur tanpa empat pemain Utama
Monday, 02 September 2024 20:24
KUALA LUMPUR - Pahang yang kehilangan beberapa pemain utama tunduk kepada Negeri Sembilan dengan 37 dalam pusingan akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di RSC Kiara, 2 September 2024.
Dengan ketiadaan kaptennya, Azim Yahaya bersama Kasman Kaderi, Fauzan Malik dan Ramdan Samsudin, Pahang seakan-akan tidak terkawal dan lumpuh baik sudut balingan dan pukulan.
Ahli terawal Kriket Melayu meninggal dunia
Monday, 19 August 2024 15:10
KUALA LUMPUR - Rozaid Abdul Rahman; orang pertama mengisi borang keahlian Persatuan Kriket Melayu Malaysia apabila pertubuhan itu didaftar semula pada1994, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediamannya di Putra Heights, Selangor, 18 Ogos 2024.
Terdahulu, Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri itu telah menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai hingga 6 Ogos 2024.
More Articles...
Page 1 of 58