Monday, 22 June 2020 21:11
PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia yakin tujuh garduan lulusan pusat prestasi tinggi pertubuhan itu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bekerja keras dalam merangka program pembangunan setelah melapor diri bertugas di sekolah masing-masing sejak 10 Jun 2020.
UKM yang merupakan antara pusat prestasi tinggi Kriket Melayu walaupun persatuan itu sudah menamatkan penumpuan sejak Ogos 2017 telah melahirkan ramai guru siswazah sejak persefahaman diwujudkan pada tahun 2007.
Baca lagi...
Monday, 25 May 2020 17:02
PENGANJURAN pertandingan kriket merebut Trofi Melayu Antarabangsa XII yang sepatutnya berlangsung akhir Disember 2020 di Hambantota, Sri Lanka terpaksa ditunda lagi.
Ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih belum selesai dan membimbangkan penyertaan Malaysia dan Afrika Selatan.
Baca lagi..
Thursday, 07 May 2020 21:01
PERSIDANGAN agung tahunan Persatuan Kriket Melayu Malayia yang sepatutnya berlangsung 31 Mei 2020 terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.
Tidak dapat dinafikan krisis Covid-19 yang masih tidak selesai ini juga memaksa Kriket Melayu enggan menetapkan sebarang tarikh bagi mesyuarat akan datang.
Baca lagi..
Monday, 13 April 2020 14:32
PERTARUNGAN kriket bawah 19 antarabangsa yang akan dianjur di Cape Town, Afrika Selatan September 2020 terpaksa ditangguhkan ke tahun 2021.
Kejohanan bakal dikendalikan Ottoman Cricket Club itu ditunda berikutan penularan wabak Covid-19.
Baca lagi..
Saturday, 28 March 2020 14:26
SEMUA bekas pemain Projek Kriket Nasional (Pembangunan Menengah) kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai program tahun 2002 boleh menghubungi pejabat pertubuhan itu untuk mendapatkan pakaian projek sekolah masing-masing.
Ribuan pemain daripada projek di Victoria Institution, Penang Free School, Kajang High School, SMK Clifford, SMK (P) Pudu, SMK Segambut Jaya, SMK Tengku Indra Petra dan SMK Titiwangsa diminta menghubungi Setiausaha Kriket Melayu Rosmanizam Abdullah bagi mendapatkan sepasang pakaian Projek Kriket Nasional. (Talian 016.3313355 / 03.21452222)
Baca lagi..
Thursday, 26 March 2020 17:52
PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia menawarkan harga paling murah dalam sejarah mendapatkan peralatan sukannya.
Jualan penghabis stok ini dilakukan berikutan ketetapan untuk berpindah ke premis baharu dalam jangkamasa terdekat ini.
Baca lagi..
Monday, 23 March 2020 16:46
SAINGAN kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja sudah masuk ke babak separuh akhir yang akan berlangsung pada minggu pertama dan kedua Jun 2020.
Apapun keresahan wujud sama ada pertemuan berkenaan dapat dilangsungkan mengikut jadual asal berikutan penularan wabak Convid-19 buat masa ini.
Baca lagi..
Sunday, 15 March 2020 16:48
KEMENANGAN Selangor ke atas Perlis dengan lapan wiket dalam aksi 14 dan 15 Mac 2020 di Bayuemas Oval memberi kelebihan kepada Kelantan untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri.
Kelantan memiliki kelebihan tipis; 0.29 mata setelah Perlis hanya melakukan 100 larian dalam ining kedua sekali gus meletakkan sasaran 22 untuk Selangor melonjak ke tangga paling atas Kumpulan B pertandingan merebut Perisai Raja-Raja musim 2020.
Baca lagi..
Thursday, 12 March 2020 21:22
PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia menawarkan harga terlalu murah untuk mendapatkan peralatan kriket berkualiti tinggi.
BOLA KRIKET (Dalam kurungan harga sebenar)
1. Grays of Cambridge (Test Match) - Putih... RM50 (RM101)
Baca lagi..
Sunday, 08 March 2020 16:00
NEGERI SEMBILAN yang cemerlang dua tahun sebagai juara Kejohanan Kriket Melayu Antara Negeri digegar dengan kekalahan sepuluh wiket kepada Tentera dalam pertemuan pusingan awal 7 dan 8 Mac 2020 di Bayuemas Oval.
Apapun juara tahun 2018 dan 2019 itu masih layak untuk beraksi dalam separuh akhir Jun 2020 apabila menduduki tangga kedua Kumpulan A. Kedah di tempat ketiga.
Baca lagi..
Sunday, 23 February 2020 14:43
KUALA LUMPUR: Perlis yang menduduki ranking ketiga tahun lalu mengatasi Kelantan dengan 64 larian dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, 22 dan 23 Februari 2020.
Ketinggalan 10 larian dalam ining pertama memaksa Perlis menggandakan usaha bagi memastikan angka yang lebih meyakinkan dengan meletakkan Kelantan 141 larian untuk kemenangan mutlak.
Baca lagi..
Page 9 of 58