News
Afrika Selatan mara ke babak akhir
Saturday, 09 April 2011 18:19
KUALA LUMPUR - Afrika Selatan memastikan tempat ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan satu wiket ke atas Malaysia di Bayuemas Oval, pada 9 April 2011.Bermula dengan baik dengan kedudukan 70-2 dalam 10 over awal, pemukul Malaysia tidak dapat meneruskan keberkesanan di lapangan tengah apabila menamatkan pukulan setakat 156 larian dalam 33.1 over.
Sri Lanka hanya atasi Afrika Selatan dengan 3 wiket
Friday, 08 April 2011 18:14
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka memastikan tempat ke babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menewaskan Afrika Selatan dengan tiga wiket di Bayuemas Oval pada 8 April 2011.
Penentuan sebuah lagi pasukan untuk bersaing dalam babak berkenaan ditentukan 9 April apabila tuan rumah, Malaysia bertemu Afrika Selatan. Apa pun peluang Afrika Selatan untuk mara dilihat cerah kerana memiliki purata larian bersih tinggi berbanding Malaysia.
Penentuan sebuah lagi pasukan untuk bersaing dalam babak berkenaan ditentukan 9 April apabila tuan rumah, Malaysia bertemu Afrika Selatan. Apa pun peluang Afrika Selatan untuk mara dilihat cerah kerana memiliki purata larian bersih tinggi berbanding Malaysia.
Malaysia hampir lakukan kejutan
Thursday, 07 April 2011 19:55
KUALA LUMPUR - Malaysia terlepas peluang untuk merangka kejutan apabila kalah tipis dengan tujuh larian kepada Sri Lanka dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 7 April 2011.Apabila permainan hanya dihadkan kepada 29 over kerana hujan membasahi padang pada sebelah pagi, Malaysia memaksa pelawat memukul terdahulu untuk hanya mengumpulkan 136 larian untuk lapan wiket dalam peruntukan penuh.
Pemukul kelima Madhawa Nimesh yang banyak diberi ruang kosong bergaya dengan 40 larian walaupun berhadapan ketegangan di lapangan tengah.
Afrika Selatan atasi Malaysia dengan lapan wiket.
Wednesday, 06 April 2011 15:32
KUALA LUMPUR - Malaysia menerima kelahanan kedua apabila tersungkur dengan lapan wiket kepada Afrika Selatan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 6 April 2011.Pasukan negara yang memilih untuk memukul sesudah memenangi undian ternyata melakukan percaturan salah apabila kehilangan lima wiket dalam sebelas larian. Tambah tertekan lagi dengan kedudukan 37-8 seolah-olah aksi pemukul negara di tahap mengaibkan di lapangan tengah.
Afrika Selatan tersungkur dengan 130 larian
Tuesday, 05 April 2011 19:48
KUALA LUMPUR - Sri Lanka meneruskan penguasaan dengan memastikan kemenangan besar ke atas Afrika Selatan dengan 130 larian pada hari kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 5 April 2011.Setelah mengatasi Malaysia dengan 69 larian pada 4 April, pemukul Sri Lanka semakin bersemangat apabila melakukan 208 larian dalam 39.2 over. Madhawa Nimesh (48 larian) dan Thimira Jayasinghe (40) masing-masing menguasai lapangan tengah di samping pemutar, Janith Dias yang meranapkan lima wiket Afrika Selatan dengan analisis 5-24.
Sri Lanka bermula cemerlang
Monday, 04 April 2011 18:05
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka memastikan penguasaan dalam pembukaan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila mengatasi Malaysia dengan 69 larian di Bayuemas Oval, Klang pada 4 April 2011.Malaysia yang memenangi undian menggunakan peluang keemasan itu untuk memaksa pelawat memadang terlebih dahulu dan berjaya meranapkan lima wiket lawan pada 21 over perlawanan dengan hanya 97 larian di papan catatan.
Malaysia berhadapan tekanan dua negara elit dunia
Thursday, 31 March 2011 20:08
KUALA LUMPUR - Perhitungan edisi ketujuh saingan kriket merebut Trofi Tuanku Ja'afar bermula 4 hingga 10 April 2011 akan lebih tertumpu kepada kekentalan dua pasukan dari negara test manakala barisan Malaysia bukan sahaja akan terjebak dengan tekanan tetapi bakal menghidangkan prestasi semasa berpandukan pembangunan serius yang digerakkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.MAJLIS MAKAN MALAM
Friday, 25 March 2011 11:50
SEMUA ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia diundang ke majlis makan malam sempena Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa 2011.Atur cara seperti berikut:
Masa dan tarikh: 7.15 malam, 3 April 2011 bersamaan Ahad.
Tempat: Rafflesia, Tingkat 6, Hotel Midah, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
Penghibur ternama, Hasan Mohamed @ Hasan Mukesh akan menjadi hos sempena majlis ini.
Harap hadir untuk bersama-sama meraikan penyertaan pasukan bawah 15 Afrika Selatan dan Sri Lanka ke saingan merebut Trofi Antarabangsa Tuanku Ja'afar di Bayuemas Oval mulai 4 hingga 10 April 2011.
Keterangan lanjut hubungi Azahari Fitri M. Fuad di pejabat Kriket Melayu 03.21450000 atau 03.21452222.
Tentera rampas Perisai Raja-Raja
Sunday, 13 March 2011 22:09
KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera kembali merampas Perisai Raja-Raja apabila menewaskan juara bertahan, Selangor-UKM dengan 31 larian dalam babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Bayuemas Oval, Klang pada 12 Mac 2011.Selepas kehilangan kejuaraan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia pada dua tahun berturut-turut sejak 2009, Tentera mengatasi ketegangan babak akhir di gelanggang antarabangsa itu setelah lawan meletakkan hanya 117 sebagai sasaran kemenangan apabila pertemuan berkenaan dipertaruhkan 30 over berikutan kelembapan padang.
UKM bergaya dengan angka tertinggi
Thursday, 10 March 2011 18:58
KUALA LUMPUR – Selangor-UKM memastikan sejarah dicipta dengan pengumpulan angka tertinggi dalam pertarungan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja sejak tahun 1951 apabila membenam Kedah dengan 400 larian pada separuh akhir di Bayuemas Oval, 10 Mac 2011.Skuad Universiti Kebangsaan Malaysia itu yang dibarisi sebahagian besar pemain kebangsaan memastikan jumlah tertinggi; 460 larian dalam 48.4 over sekali gus memadamkan rekod yang dikumpulkan oleh skuad Remaja Melayu Malaysia pada tahun 2007 berjumlah 394.
Kelantan, Kedah mara untuk bertemu skuad pilihan
Wednesday, 09 March 2011 21:51
KUALA LUMPUR - Kedah dan Kelantan melepasi halangan untuk layak ke separuh akhir bagi seterusnya menghitung nasib bertemu dua pasukan pilihan dalam saingan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja pada 10 Mac 2011.Dalam penentuan pusingan awal, Kedah menumbangkan Sabah dengan 39 larian di Bayuemas Oval, semalam untuk bertemu juara bertahan, Selangor-UKM di gelanggang sama. Kelantan yang menyertai kejohanan buat pertama kali akan menentang finalis tahun lepas, Tentera.
More Articles...
Page 48 of 61





