News
Kuala Langat sasar enam pemain ke Projek Kriket Nasional
Tuesday, 21 February 2012 15:44

BANTING - Daerah Kuala Langat yang terkandung dalam Program Pembangunan Kriket Remaja di bawah kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia meletakkan sasaran menyediakan enam pemain ke Projek Kriket Nasional-Pembangunan Menengah bermula tahun depan.
Himpunan Klinik Kriket Astro terbesar
Monday, 13 February 2012 18:30
BANGI - Himpunan terbesar dalam sejarah Klinik Kriket Asto. Seramai 327 peserta bawah 12 tahun menyertai klinik kriket anjuran bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia-Astro-Universiti Kebangsaan Malaysia di gelanggang kriket UKM di sini pada 12 Februari 2012.Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob bagaimanapun berkata, jumlah yang dirancang hanya 200 sudah terlebih sasar dengan penyertaan daripada 35 sekolah di seluruh negara.
UiTM gagal tandingi Perak-TLDM
Sunday, 05 February 2012 11:04
UKM juara bagi musim keempat
Sunday, 29 January 2012 23:18
KUALA LUMPUR - Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjuarai saingan Kriket Twenty20 UKM sekali gus merangkul lagi Piala Menteri Pengajian Tinggi untuk musim keempat berturut-turut apabila menjinakkan University College of Technology & Innovation dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, dekat sini semalam.Bergaya apabila memaksa lawan untuk memukul, UKM diperkuatkan ramai pemain nastional cuma mengehadkan UCTI ke angka 127-9 dalam 20 over.
UCTI layak bertemu juara bertahan
Saturday, 28 January 2012 19:12
KUALA LUMPUR - University College of Technology & Innovation (UCTI) menafikan kemaraan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dengan tujuh wiket pada 28 Januari 2012 untuk memastikan pertemuan dengan juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam babak akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, 29 Januari.
Terdahulu UKM menang juga dengan tujuh wiket ke atas naib juara 2011, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
UCTI melengkapkan kemaraan apabila mengatasi MMU dalam 16.2 over setelah meletakkan sasaran 122 untuk menang.
Aksi kemuncak dalam separuh akhir
Friday, 27 January 2012 23:49
KUALA LUMPUR - Kemuncak saingan kriket Twenty20 Universiti Kebangsaan Malaysia bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi berlangsung di Bayuemas Oval dekat sini 28 Januari 2012 apabila juara tiga musim berturut-turut selaku hos akan berentap dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam separuh akhir.Sebagai ulangan babak akhir tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia menjanjikan aksi terbaik untuk bersaing pada babak akhir di gelanggang sama 29 Januari.
UKM yakin pertahan kejuaraan T20
Thursday, 19 January 2012 14:33
KUALA LUMPUR - Setelah menguasai tiga kejohanan lepas dalam saingan kriket versi pendek; Twenty20, Universiti Kebangsaan Malaysia tidak merasakan tekanan dalam usaha meneruskan penguasaan pada Kejohanan Kriket Antara Varsiti T20 bermula 25 hingga 29 Januari 2012.Walaupun kehilangan tiga pemain utama, Aminudin Ramly, Shahrulnizam Yusof dan Nik Azril Ariffin yang kini bermain di luar negara, pengurus pasukan Fairus Shafie masih merasakan peluang skuad 'juara' itu tetap berkemampuan untuk menjulang Piala Menteri Pengajian Tinggi untuk musim keempat berturut-turut.
Pemain dan pegawai terima anugerah
Thursday, 19 January 2012 14:28
SETIAUSAHA Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah bersama dua pemain kriket ternama kebangsaan, Aminudin Ramly dan Nik Azril Ariffin masing-masing dipilih menerima anugerah pada Malam All Stars di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.
Enam perlawanan tahap tinggi di Perth
Friday, 16 December 2011 12:41
KUALA LUMPUR - Barisan bawah 17 Melayu Malaysia akan memastikan enam perlawanan pendedahan di Perth, Australia bermula 16 hingga 22 Disember akan memberi kelebihan kepada skuad berkenaan bagi menghadapi saingan Piala Asia Bawah 19 tahun depan.Penjadualan ketat di Sri Lanka
Sunday, 04 December 2011 23:15
KUALA LUMPUR - Lapan perlawanan akan diharungi oleh skuad kriket bawah 14 Melayu Malaysia dalam siri latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 6 hingga 15 Disember ini.Dengan diiringi oleh enam belas pemain dan tiga pegawai, skuad berkenaan yang akan diketuai oleh naib kapten skuad bawah 15 kebangsaan dari Kelantan, Faiz Ahmad Nasir merancang untuk memenangi hampir semua perlawanan yang telah diatur oleh Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka.
Penang Free juara tahun kelima berturut-turut
Sunday, 16 October 2011 21:24
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free mengulangi keperkasaan untuk mengekalkan kejuaraan pada Cabaran Kriket Projek Kriket Nasional sekali gus menyimpan lagi Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi tahun kelima berturut-turut setelah mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dengan kelebihan ining pertama di Bayuemas Oval, Klang dekat sini 16 Oktober 2011.Bermula dengan sederhana dengan hanya mengumpulkan 179 larian dalam ining pertama, jaguh utara itu membayangkan penguasaan apabila hanya membenarkan SMK Victoria melakukan 158 tengah hari.
More Articles...
Page 45 of 61





