News
UCTI dipaksa bertemu UKM dalam separuh akhir
Thursday, 24 February 2011 22:43
UCTI pula capai kemenangan mudah
Wednesday, 23 February 2011 23:10
Pada 22 Februari, skuad yang barisi ramai pemain luar negara itu mengatasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 47 larian dan jelas bersedia untuk memastikan keputusan yang lebih baik tahun ini.
UUM mudah tersungkur kepada juara bertahan
Tuesday, 22 February 2011 21:52
Finalis musim lepas, University College of Technology & Innovation (UCTI) pula menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 47 larian di Bayuemas Oval. Satu lagi pertemuan di gelanggang sama menyaksikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang besar, 101 larian ke atas Universiti Multimedia (MMU).
UKM perhebat kegiatan kriket bawah 12
Monday, 21 February 2011 08:37
Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, sejak UKM menjadi pusat prestasi tinggi kriket kendalian bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia, pusat pengajian tinggi itu juga menjadi hos kepada sesi latihan pemain bawah 12 bagi lelaki dan perempuan.
UKM masih bertenaga sebagai pasukan pilihan
Friday, 18 February 2011 18:30
Aksi veteran di Kajang Sabtu ini
Thursday, 10 February 2011 10:13
Kapten merangkap pengelola skuad veteran Melayu Malaysia, Mohidin Hashim berharap semua pemain yang dipilih bersedia untuk pertembungan luar biasa ini.
Skuad SMK Tinggi Kajang merupakan pasukan Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu di bawah pengawasan jurulatih Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne.
Saingan 30 over ini juga akan menguji oval baru yang dibina menerusi kepakaran Harith Shariff dengan tajaan Yayasan Sime Darby.
Turut sama akan bermain Sabtu ini ialah penggiat seni yang juga pengarah filem, Anwardi Jamil.
Persidangan agung 2011 pada 29 Mei ini
Thursday, 10 February 2011 09:10
Semua ahli yang sudah membayar yuran setakat tahun 2010 layak menyertai persidangan ini.
Persidangan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Semua ahli dijemput hadir awal; 10 pagi untuk menikmati sarapan pagi sebelum persidangan bermula.
Notis persidangan bersama laporan tahunan akan dihantar awal kepada semua ahli.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pegawai di pejabat persatuan di talian 03.21450000 (Batumalai Ramani) dan 03.21452222 (Ahmad Harris Ismail).
Ahli juga diharap dapat membayar yuran tahunan, RM15 dengan kadar segera. Bayaran boleh dibuat menerusi cek atas nama PERSATUAN KRIKET MELAYU MALAYSIA atau hadir di pejabat persatuan, No. 2512 Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur.
Aksi aib di Thailand: Jangan hanya salahkan pemain
Monday, 07 February 2011 15:32
Semasa skuad peringkat usia merangkak beberapa tahun terdahulu pun tidak pernah mencapai 'kegemilangan' semacam ini. Saya percaya semua pemain yang dipilih berprestasi tinggi. Tetapi tidak pula saya mempercayai pasukan lain yang mengambil bahagian terutama dalam kumpulan berkenaan terlalu perkasa berpandukan keputusan dalam kumpulan A itu.
Melayu Malaysia menang besar ke atas Afrika Selatan
Sunday, 26 December 2010 19:14
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia mempertahankan kejuaraan bahagian senior saingan Trofi Melayu Antarabangsa IX apabila mudah membaham Melayu Afrika Selatan dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval pada 26 Disember 2010.
Kemenangan berkenaan melengkapkan penguasaan tuan rumah setelah memenangi kejuaraan bawah 15 di gelanggang sama pada 25 Disember.
Melayu Malaysia juara bahagian remaja
Saturday, 25 December 2010 21:56
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia kembali menguasai acara remaja; bawah 15 setelah menyingkirkan Singapura dengan 56 larian dalam babak akhir saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa IX di Bayuemas Oval, 23 Disember 2010.
Setelah kejuaraan berpindah pada pertarungan di Colombo, Sri Lanka dua tahun lepas, Melayu Malaysia yang mengumpulkan angka membimbangkan; 126 larian, bangkit menguasai sesi memadang dengan membenam Singapura setakat 70 larian dalam 31 over.
More Articles...
Page 47 of 58