News
Kriket Melayu wujudkan pusat ke-18 di Kuala Lipis
Sunday, 02 October 2011 12:47
KUALA LIPIS - Persatuan Kriket Melayu Malaysia terus mengaktifkan pembangunan kriket di luar bandar apabila melancarkan pusat ke-18 projek mengembangkan pemain bawah 12 tahun di sini pada 30 September 2011.Pusat di Kuala Lipis dalam Program Pembangunan Kriket Remaja dilancarkan oleh Presiden Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid setelah pertubuhan itu mengenal pasti pusat berkenaan di samping memulakan latihan pengenalan empat bulan lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sambil diawasi oleh jurulatih dari Kerambit, Sulfian Izudi Deraman.
UKM tumbang kepada wakil Singapura
Saturday, 01 October 2011 19:40
KUALA LUMPUR - Memeranjatkan. Naib juara tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia tersungkur kepada pasukan tidak ternama, Universiti Teknologi Nanyang dari Singapura dengan 24 larian dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval, Bangi dekat sini pada 1 Oktober 2011.Lain pula di Bayuemas Oval, Klang, Universiti Colombo, dari Sri Lanka telah memperlihatkan kegarangan setelah menumbangkan Unversiti Nottingham (England) dengan lapan wiket.
SMK Penang Free rasai bahang babak akhir
Saturday, 01 October 2011 19:38
Juara sejak tahun 2007 itu bakal berhadapan dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil yang bernasib baik memintas finalis tahun lepas, SMK Victoria dari Kuala Lumpur dalam dua perlawanan terakhir pada pusingan awal.
Kriket Kelantan: Pegawai jajahan antara muka baru dipilih
Monday, 11 July 2011 21:04
TANAH MERAH - Pegawai Jajahan Tanah Merah, Zamri Ismail merupakan antara muka baru yang dipilih menganggotai majlis Persatuan Kriket Kelantan yang mengadakan mesyuarat agung tahunan penggal 2011-2013 di sini minggu lepas.Zamri, 49, menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden. Beliau yang terbabit secara langsung dalam pembangunan sukan di Kelantan bertekad untuk sama-sama membangunkan kriket yang semakin popular di negeri berkenaan.
Turut sama dipilih ke dalam majlis berkenaan buat pertama kali ialah pegawai di pejabat jajahan di sini, Ramli A. Rahman dan seorang guru, Zul Suberi Hassan yang masing-masing disenaraikan sebagai anggota majlis biasa.
Bukit Petaling perangkap Bayuemas
Sunday, 12 June 2011 17:32
KUALA LUMPUR - Wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling mencipta nama sebagai pemenang dalam penyertaan pertama Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menghumban Bayuemas dari Klang dengan 37 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Jun 2011.Walaupun hanya melakukan 98 larian, ternyata Bukit Petaling berjaya memulangkan pemukul utama Bayuemas ke astaka pada awal permainan untuk memastikan kecemerlangan merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji.
Bukit Petaling layak bertemu Bayuemas dalam babak akhir
Friday, 10 June 2011 20:25
Bukit Petaling menang tipis, lima larian ke atas Pekan dari Pahang setelah pertemuan hanya mempertaruhkan 12 over berikutan hujan mengganggu aksi pada sebelah pagi.
Finalis tahun lepas tersungkur
Thursday, 09 June 2011 20:13
KUALA LUMPUR - Dua finalis tahun lalu, Kota Bharu dan Westlands dari Pulau Pinang terhenti kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila tumpas kepada lawan dalam pertemuan terakhir kumpulan pada 9 Jun 2011.Cukup menyedihkan, Kota Bharu tumbang kepada Kuala Langat dengan 44 larian di UKM Oval yang menyaksikan juara tahun 2009 dan 2010 itu hanya menang satu daripada tiga pertemuan peringkat awal. Westlands pula tidak berkemampuan apabila kalah mudah dengan tujuh wiket kepada Pekan.
Kota Bharu, Westlands masih belum pasti
Thursday, 09 June 2011 12:22
KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kota Bharu dan naib johan tahun lepas, Westlands (Pulau Pinang) terpaksa bertarung untuk penentuan sama ada berupaya ke separuh akhir setelah kedua-dua pasukan tumpas dalam pertemuan kedua Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan pada 8 Jun 2011.
Wakil Kelantan itu tertiarap dengan 97 larian kepada Bukit Petaling dari Kuala Lumpur di Bayuemas Oval manakala Bayuemas dari Klang, Selangor menumbangkan Westlands dengan 14 larian di UKM Oval.
Bukit Petaling, Bayuemas gegar lawan
Tuesday, 07 June 2011 19:48
KUALA LUMPUR - Finalis tahun lalu, Kota Bharu dari Kelantan dan Westlands (Pulau Pinang) memenangi perlawanan pembukaan saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan pada 7 Jun 2011 tetapi dua pendatang baru bergaya dalam perhitungan pertama mereka.Juara bertahan, Kota Bharu menumbangkan wakil Melaka, Kampung Gelam dengan 15 larian manakala Westlands memerangkap Parit Jawa dari Johor dengan 59 larian.
More Articles...
Page 46 of 60





