News

Chilaw Marians layak ke babak akhir

Wednesday, 17 October 2012 21:42

KLANG - Chilaw Marians memastikan tempat ke babak akhir Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa Ahad ini apabila memenangi pertemuan kedua dengan mengatasi FMC Sports dengan 41 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 17 Oktober 2012.
 
Dengan hanya meletakkan 168 larian untuk menang, wakil Sri Lanka itu mengumpulkan 105-3 dalam 20 over sebelum hujan lebat terus menghentikan pertemuan.

Baca lagi...

 

Melayu Malaysia kongsi satu mata

Tuesday, 16 October 2012 20:00

PEMUKUL pertengahan Melayu Malaysia, Aminudin Ramly bersedia menerima serbuan pembaling Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2012.KLANG - Walaupun tiada keputusan pertemuan Melayu Malaysia menentang pasukan gagah, Chilaw Marians dari Sri Lanka dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 16 Oktober, ia sudah cukup untuk melonjakkan semangat tuan rumah bagi meneruskan baki dua perlawanan lagi.

Setelah tumpas perlawanan pertama, satu mata hasil tiada keputusan berikutan perlawanan terhenti akibat hujan, akan memastikan peluang masih terbuka kepada skuad tempatan untuk mencipta kemenangan.

Baca lagi...

 

FMC Sports atasi tuan rumah

Monday, 15 October 2012 21:45

KLANG - Tuan rumah, Melayu Malaysia tidak menepati hajat apabila tumbang dengan 45 larian kepada FMC Sports dari Bangladesh dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 15 Oktober 2012.

Dengan hanya membenarkan lawan berada pada kedudukan 119-6 dalam 38 over,  keadaan seakan-akan memberi peluang terbuka kepada tuan rumah berentap pada sesi petang tetapi keadaan sebaliknya diharungi Melayu Malaysia.

Baca lagi...

 

Chilaw Marians ratah wakil Bangladesh

Sunday, 14 October 2012 21:24

KLANG - Wakil Sri Lanka, Chilaw Marians membuktikan keperkasaan dengan kemenangan mudah, 269 larian ke atas FMC Sports dari Bangladesh dalam pembukaan Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 15 Oktober 2012.

Perlawanan yang dikurangkan dua over kerana kelembapan lapangan tengah menyaksikan pemukul dari Sri Lanka itu terus melakukan pelbagai aksi pukulan yang melepasi sempadan untuk menghimpun 376-6.

Baca lagi...

 

Aksi kelas tinggi kriket di Bayuemas Oval

Friday, 12 October 2012 22:11

KUALA LUMPUR - Perhitungan kriket antara kelab ternama dengan dibintangi pemain-pemain antarabangsa berlangsung di Malaysia buat pertama kali secara tiga penjuru sebelum diperbesarkan lagi pada musim akan datang.
 
Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi merebut piala Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid akan digerakkan di gelanggang berstatus One Day International atau ODI  di Bayuemas Oval, akan berlangsung 14 hingga 21 Oktober dengan penampilan hos, Melayu Malaysia di samping Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC Sports dari Chittagong, Bangladesh.

Baca lagi...

 

Fikri Makram, Zubair Aysraf berlepas ke Perth

Sunday, 07 October 2012 23:45

Fikri Makram & Zubair AysrafDUA pemain meningkat naik dalam berada dalam pool skuad utama kriket kebangsaan, Fikri Makram Rosdi dan Zubair Asyraf Norazmi berlepas ke Perth, Australia untuk memulakan penempatan bermain dengan pasukan profesional di Australia Barat.

Kedua-dua pemain yang berusia 19 tahun itu sudah beberapa kali mewakili pasukan utama nasional dan akan mewakili kelab masing-masing mulai 13 Oktober ini. Zubir Asyraf akan bermain untuk Bayswater Morley manakala Fikri Makram mewakili Mount Lawley. Mereka akan beraksi selama lima hingga enam bulan.

Zubair Asyraf kini berada di pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Fikri Makram pula di pusat prestasi tinggi Kriket Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Fikri Makram berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala Zubir Asyraf dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Program ini merupakan sokongan Yayasan Sime Darby kepada Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang meluluskan komitmen tajaan pembangunan kriket nasional selama tiga tahun bermula 2011.

Baca Lagi..

 

Undangan makan malam Kriket Melayu

Tuesday, 02 October 2012 09:04

SEMUA ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia diundang menghadiri jamuan makan malam sempena saingan Undangan Antara Kelab Antarabangsa bermula 14 hingga 21 Oktober 2012 ini.
 
Dua pasukan kelas pertama antarabangsa yang akan berentap di Bayuemas Oval bersama Melayu Malaysia ialah Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC Sports dari Bangladesh. Chilaw Marians bakal diwakili semua pemain kontrak Sri Lanka.
 
Majlis makan malam akan berlangsung mulai 7.30 malam, 13 Oktober 2012 bersamaan Sabtu di Quality Hotel Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
 
Yang ingin hadir, mesti lakukan pemberitahuan segera kepada pegawai di pejabat Kriket Melayu di talian 03.21450000 atau 03.21452222. Dapatkan Harris Ismail atau Azahari Fitri Fuad.
   

Senarai Melayu Malaysia diumum

Monday, 10 September 2012 20:28

Melayu MalaysiaEMPAT belas pemain disenaraikan Melayu Malaysia untuk saingan Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji bermula 14 hingga 21 Oktober ini di Bayuemas Oval.
 
Pertandingan pertama kali dianjurkan untuk memenuhi kesinambungan peningkatan pemain prestasi tinggi itu akan turut menampilkan Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC dari Bangladesh. Kedua-dua pasukan luar ini bakal menyerlahkan bintang-bintang kelas satu negara berkenaan.

Baca Lagi..

   

Pengadil terkemuka dunia ke Malaysia

Monday, 10 September 2012 20:23

PengadilPENGADIL test antarabangsa yang juga Presiden Persatuan Pengadil Kriket Profesional Sri Lanka, Asoka de Silva akan mengetuai senarai pengadil untuk saingan Kriket Antara Kelab Antarabangsa yang berlangsung di Bayuemas Oval mulai 14 hingga 21 Oktober ini.
 
Asoka dilantik sebagai ketua pengadil akan bertugas bersama Ashraf Karriem dari Afrika Selatan dan pengadil tempatan, Faizshal Niaz-Lyn.

Baca Lagi..

   

SMK Tinggi Kajang benam SMK Victoria

Monday, 03 September 2012 23:35

SMK Tinggi KajangKLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dari Selangor memastikan kejuaraan milik mereka apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur (VI) dengan kelebihan ining pertama dalam saingan kriket Projek Kriket Nasional di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 September 2012.
 
Ini merupakan kejuaraan pertama dimenangi SMK Tinggi Kajang setelah dinamakan sebagai sekolah Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2008.

Baca Lagi..

   

Aksi veteran di Bangkok

Friday, 06 July 2012 08:40

Mohamed Mohidin HashimKUALA LUMPUR - Aksi veteran antara Melayu Malaysia menentang Thailand akan berlangsung di Bangkok mulai 17 hingga 18 November ini.
 
Skuad Melayu Malaysia bakal diketuai oleh Ahli Majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Mohidin Hashim.
 
Rombongan Melayu Malaysia akan berada di Bangkok mulai 17 hingga 20 November.
 
Kepada peminat yang berusia 40 tahun ke atas layak menyertai rombongan ini dengan bayaran pesawat dan penginapan (kongsi dua orang sebilik) berjumlah RM850.
 
Persatuan mengalu-alukan penyertaan sebagai pemain dan penyokong.
 
Hubungi pegawai Kriket Melayu, Kama Asnawi Omar di talian 03.21450000 untuk keterangan lanjut.
   

Page 39 of 58