News
Matlamat penganjur ke babak akhir hampiri kenyataan
Thursday, 23 January 2014 19:10
KUALA LUMPUR - Penguasaan kedua-dua pasukan tuan rumah, Universiti Kebangsaan A dan B semakin ketara apabila kedua-dua pasukan itu masing-masing menang perlawanan ketiga pada 23 Januari 2014.Dengan berbaki dua lagi pertemuan, kedua-dua pasukan dibariskan oleh penganjur itu selesa dengan pengumpulan larian tinggi apabila bertemu lawan. Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, UKM B membenam Universiti Antarabangsa Albukhary dengan 63 larian manakala pasukan A menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 49.
UKM A & B terus kuasai kejohanan
Wednesday, 22 January 2014 22:45
KUALA LUMPUR - Dua pasukan yang dibariskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan kehebatan masing-masing dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan kriket Twenty20 UKM pada 22 JanuarI 2014.Di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang, UKM A mengatasi Asia Pacific University (APU) dengan 33 larian dalam aksi pagi. Pemain berasal dari Kelantan, Fikri Makram Rosdi menghimpun 59 larian tanpa tewas yang seterusnya dipilih pemain terbaik.
Permulaan baik bagi tuan rumah
Tuesday, 21 January 2014 19:36
KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang membariskan dua pasukan bergaya apabila kedua-dua barisannya menang dalam pembukaan saingan Kriket Twenty20 UKM pada 21 Januari 2014.UKM A membelasah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan lapan wiket di Bayuemas Oval, Pelabuhan Klang
Pemukulnya yang baru pulih daripada kecederaan, Faizal Abu Hassan melakukan 40 larian untuk menggerakkan angka pasukannya untuk memenangi pertemuan dengan mudah.
UKM mahu terus kuasai kejohanan
Monday, 13 January 2014 20:15
UKM A bakal dibarisi ramai bintang kebangsaan seperti kapten nasional, Faiz M. Noor, skuad UKM B pula akan menampilkan pemain berbakat daripada kumpulan bawah 19.
Dua pusat bawah 12 di Kedah, Johor akan diwujudkan
Monday, 13 January 2014 17:56
KUALA LUMPUR - Jumlah pusat Program Pembangunan Kriket Remaja khusus bagi kumpulan bawah 12 tahun akan ditambah. Mesyuarat penyelaras program berkenaan di Kuala Lumpur pada 11 Januari 2014 yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah mengumumkan dua pusat yang dirancang adalah di Johor dan Kedah.
24 peserta lulus kursus pengadil kriket
Tuesday, 17 December 2013 17:58

ACU & S rancang lahir 100 pengadil muda bertauliah
Tuesday, 10 December 2013 19:26

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) merancang menetapkan sasaran melahirkan lebih seratus pengadil muda dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pasukan bertenaga hadapi lima pertarungan ujian di Australia
Thursday, 05 December 2013 17:27

KUALA LUMPUR - Kedudukan sama kuat dalam sesi pendedahan pasukan kriket bawah 18 Melayu Malaysia musim lepas di Perth, Australia memaksa pengurusan skuad berkenaan menyenaraikan pasukan yang lebih bertenaga untuk mengharungi ujian selama lima hari berturut-turut.
Tiga pemain Kriket Melayu beraksi dalam liga kebangsaan Sri Lanka
Tuesday, 03 December 2013 10:22

Kriket: Melayu Malaysia bersedia hadapi tekanan di Chiang Mai
Wednesday, 20 November 2013 15:43
KUALA LUMPUR - RMAF Angels; skuad Tentera Udara Diraja Malaysia yang menarik diri daripada penyertaan dalam Cabaran Kriket Antarabangsa Perempuan Chiang Mai bermula 22 November telah meletakkan skuad muda Melayu Malaysia bakal berhadapan dengan tiga pasukan dari Thailand.RMAF Angels yang memiliki enam pemain kebangsaan terpaksa menarik diri pada saat akhir berikutan masalah dalaman manakala Thailand yang merupakan juara wanita Asia meletakkan tiga pasukan untuk bersaing dalam pertandingan yang bakal berlangsung di Kelab Golf Chiang Mai Diraja.
Bawah 14 Melayu Malaysia mahu kekalkan kegarangan di Sri Lanka
Thursday, 07 November 2013 14:23
KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 14 Melayu Malaysia akan memastikan mampu menang lebih separuh pertemuan dalam sesi latihan pendedahan mulai 9 hingga 16 November di Sri Lanka.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan tujuh pasukan gagah termasuk Prince of Wales College and St. Sebabstian College, pasukan muda Melayu Malaysia tidak pernah khuatir dengan kemampuan pasukan tempatan di sana.
More Articles...
Page 37 of 61





