News
Chilaw Marians selesa dengan kemenangan besar
Thursday, 16 October 2014 20:33
K
UALA LUMPUR - Chilaw Marians dari Sri Lanka menang besar; 208 larian ke atas wakil Bangladesh, Bright Sports dalam saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2014.
Juara bertahan itu mengumpulkan 281-7 dalam peruntukan 50 over dan seterusnya menamatkan ining lawan setakat 53 larian selepas sajian tengah hari yang turut terganggu oleh hujan.
Chilaw Marians terus bergaya dengan kemenangan ketiga
Wednesday, 15 October 2014 17:29

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Chilaw Marians meneruskan kemenangan ketiga berturut-turut apabila menewaskan Melayu Malaysia dengan enam wiket dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 15 Oktober 2014.
Dengan kemenangan berkenaan, Chilaw Marians dari Sri Lanka selesa ke babak akhir Ahad ini walaupun berbaki satu perlawanan menentang wakil Bangladesh, Bright Sports pada 16 Oktober.
Tewas enam wiket; Melayu Malaysia hadapi masalah
Tuesday, 14 October 2014 19:45

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia berhadapan kesukaran untuk mara ke babak akhir saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila tumpas enam wiket kepada wakil Bangladesh, Bright Sports di Bayuemas Oval, dekat sini pada 14 Oktober 2014.
Berbekalkan kenyakinan apabila kalah tipis kepada juara bertahan, Chilaw Marians Ahad lepas, pukulan Melayu Malaysia terhenti pada kedudukan 165-7 berikutan hujan lebat membasahi oval perlawanan.
Bright Sports kalah teruk dengan 196 larian
Monday, 13 October 2014 19:30
KUALA LUMPUR - Chilaw Marians dari Sri Lanka mengungguli hari kedua saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menang besar; 196 larian ke atas Bright Sports dari Bangladesh di Bayuemas Oval, Klang pada 13 Oktober 2014.
Dengan memukul terdahulu, juara bertahan itu mengumpulkan 258 larian dalam 49.4 over dengan pemukul ketiga, Kasun Vidura memuncakkan angka peribadi sehingga 87.
Chilaw Marians bekerja keras sebelum menang
Sunday, 12 October 2014 20:21
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan Melayu Malaysia dengan tiga wiket dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 12 Oktober 2014.
Setelah berkedudukan 19-4, Chilaw Marians berkedudukan tenat buat seketika tetapi pengalaman selaku pasukan yang memiliki ramai pemain test Sri Lanka memberi keselesaan kepada mereka untuk menang tipis.
Norharif dihantar beraksi dalam liga di England
Thursday, 02 October 2014 17:07
KUALA LUMPUR - Pemain kriket dalam pool kebangsaan Norharif Hamidon berlepas ke London pada 1 Oktober 2014 bagi memulakan penempatan beraksi bersama kelab tempatan di England.Norharif, 20, adalah antara sembilan pemain yang bakal dihantar bermain di luar negara menerusi kesepakatan Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Yayasan Sime Darby bagi musim 2014/15.
UKM Oval akan dinaik taraf sebagai gelanggang antarabangsa
Thursday, 11 September 2014 20:13
KUALA LUMPUR - Gelanggang kriket di Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai UKM Oval akan mengharungi pembaikan tidak lama lagi untuk menjadikan padang berkenaan bertaraf antarabangsa.Naib Canselor UKM, Prof Datuk Nor Azlan Ghazali berkata institusi berkenaan sedang mengumpul dana dalaman dan daripada sektor korporat bagi menjadikan UKM Oval sebagai gelanggang bertaraf tinggi yang boleh menjadi hos kepada perlawanan peringkat antarabangsa.
Makan malam sempena saingan Antara Kelab Antarabangsa
Wednesday, 10 September 2014 15:54
Semua empat pasukan yang akan mengambil bahagian akan hadir menikmati jamuan. Pasukan berkenaan ialah juara bertahan Chilaw Marians (Sri Lanka), Bright Sports (Bangladesh), Mumbai (India) dan Melayu Malaysia.
Kriket Melayu wujud dua pusat di KL, Gua Musang
Monday, 08 September 2014 15:24
Dua pusat akan dimulakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur dan di SMK Tengku Indra Petra di Gua Musang, Kelantan.
SMK Tinggi Kajang juara tahun ketiga berturut-turut
Sunday, 07 September 2014 20:01
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang mengulangi kejuaraan bagi tahun ketiga berturut-turut apabila mengatasi SMK Penang Free dengan kelebihan ining pertama dalam siangan kriket Projek Kriket Nasional sekali gus merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran pada pertemuan dua hari di Bayuemas Oval, dekat sini 7 September 2014.Berkedudukan hanya 181-7 dalam ining pertama, SMK Penang Free gagal menahan kemaraan juara bertahan dari Selangor itu apabila lawan mengumpulkan 208-9. Pemain berasal dari Pahang, Amdam Wiliyoh mengetuk angka tertinggi dengan 64 dibantu Hasif Norhaizan yang melakukan 56 larian.
Pemain Kriket Melayu ketuai kejayaan di England
Friday, 05 September 2014 17:19
KUALA LUMPUR - Pemain dari Malaysia, Faris Almas-Lee menamatkan misi cemerlang di United Kingdom dengan kejayaan mengetuai pasukan Scintilla CC menjuarai Liga Perdana Essex County berakhir 30 Ogos 2014.
Sebagai ketua pasukan, Faris, 24, memastikan Scintilla menduduki tempat teratas dengan 259 mata meninggalkan Barking CC di tangga kedua daripada sembilan pasukan.
More Articles...
Page 33 of 61





