News
Empat jurulatih baharu perkuat pembangunan Kriket Melayu
Friday, 02 January 2015 20:41
KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia menamakan empat jurulatih tambahan dalam program pembangunan nasional di seluruh negara.
Keempat-empat jurulatih itu, Vipula Sithamige, Pubudu Aluwihare, Chamil Perera dan Pramuka Liyanage merupakan jurulatih berpengalaman di Sri Lanka dan akan berkhidmat di pusat Projek Kriket Nasional peringkat menengah kendalian Kriket Melayu.
Matlamat capai angka tinggi di Perth
Saturday, 06 December 2014 20:56
KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 18 Melayu Malaysia merancang mengumpulkan angka tinggi dalam misi latihan pendedahan di Perth bermula 8 hingga 14 Disember ini.
Angka maksimum larian seperti yang diberitahu oleh pengurus pasukan, Khailani A. Jalil ialah sekurang-kurang 250 larian dalam setiap perlawanan atau dalam sesi mengejar angka pada tahap lima larian satu over atau angka yang lebih apabila keperluan ditagih.
Kriket: Musim kedua lebih serius
Wednesday, 19 November 2014 20:52
KUALA LUMPUR - Misi tahun kedua bersaing dalam Cabaran Kriket Perempuan Antarabangsa Chiang Mai bermula 21 hingga 26 November 2014 akan memastikan skuad Melayu Malaysia tidak akan mengulangi persembahan buruk musim lalu.
Dengan matlamat mengumpulkan paling minimum 110 larian atas papan catatan dalam setiap perlawanan 25 over, pasukan muda Melayu Malaysia lebih yakin untuk menyaingi tiga lagi pasukan tempatan di sana.
UKM pertahan kejuaraan dengan kemenangan empat wiket
Saturday, 15 November 2014 21:32

UKM berentap lagi dengan Universiti Christ dalam babak akhir
Friday, 14 November 2014 20:39
Laluan pasukan dari Bengaluru, Karnataka itu menjadi mudah apabila menumpaskan juara bertahan, UKM dengan 20 larian di Bayuemas Oval pada 14 November 2014.
Universiti Christ semakin hampir bermain dalam babak akhir
Thursday, 13 November 2014 20:35
Pasukan dari India itu mencapai kemenangan ketiga dengan menewaskan Universiti Negeri Padang, Indonesia dengan sembilan wiket di UKM Oval, Bangi pada 13 November.
Tuan rumah layak beraksi dalam perlawanan akhir
Wednesday, 12 November 2014 20:35
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi pertemuan keempat dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila menumbangkan Universiti Colombo dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, dekat sini pada 12 November 2014.
Hanya bermain dalam 37 over kerana padang basah, UKM mudah mengatasi wakil Sri Lanka itu dalam 18.1 over.
UKM terus mara dengan kemenangan ketiga
Tuesday, 11 November 2014 20:05
KUALA LUMPUR - Tiada masalah bagi juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk meneruskan kemaraan dengan kemenangan ketiga dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval, Bangi pada 11 November 2014.
Pada 11 November, UKM menewaskan wakil Indonesia, Universiti Negeri Padang dengan 299 larian. Finalis tahun lalu, Universiti Christ dari India juga menang 58 larian ke atas Universiti Colombo, Sri Lanka di Bayuemas Oval, Klang.
Universiti Kebangsaan Malaysia menang pertemuan kedua
Monday, 10 November 2014 19:53

UKM menang mudah ke atas wakil Bangladesh
Sunday, 09 November 2014 20:56

Memukul terdahulu, UKM selaku juara bertahan mengumpulkan 217-8 dalam pertemuan 40 over dengan kapten kebangsaan, Faiz M.Noor mengetuk 66. Lawan hanya bertahan sekat 89 larian.
Padang basah bakal bawa masalah bagi Melayu Malaysia
Thursday, 06 November 2014 21:00
KUALA LUMPUR - Pasukan kriket bawah 14 Melayu Malaysia yang akan beraksi dalam lapan perlawanan ujian di Sri Lanka bermula 8 November 2014 menjangkakan cabaran sengit untuk menyesuaikan diri dengan permukaan padang di negara itu.
Ketua kontinjen Malaysia ke sesi ujian itu, Sham Jalil menyebut bahawa hujan lebat yang turun setiap hari di sana sama ada petang atau malam bakal membawa kesukaran bagi skuad Melayu Malaysia terutama sekali kelembapan permukaan lapangan tengah.
More Articles...
Page 30 of 59