News
Sri Lanka kekal juara atasi Afrika Selatan dengan 60 larian
Sunday, 10 April 2016 21:25
KUALA LUMPUR - Sri Lanka kekal sebagai juara Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa sekali gus menyimpan Trofi Tuanku Ja'afar bagi tahun kesepuluh apabila membenam Afrika Selatan dengan 60 larian di Bayuemas Oval pada 10 April 2016.
Ternyata percaturan Afrika Selatan mengarahkan Sri Lanka memukul terdahulu setelah memenangi undian membawa 'berita buruk'.
Melayu Malaysia kekal di tangga keempat
Saturday, 09 April 2016 21:24
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia kekal di tangga keempat seperti tahun lepas apabila tumpas enam wiket kepada India dalam babak penentuan ketiga Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 9 April 2016.
Dengan aksi memadang serba tidak mengena dan gagal dalam enam tangkapan, Melayu Malaysia tersungkur dalam 38 over permainan setelah terdahulu mengumpulkan 147 ketika memukul.
Afrika Selatan layak lawan Sri Lanka dalam babak akhir
Friday, 08 April 2016 20:44
KUALA LUMPUR - Kekalahan kepada juara bertahan Sri Lanka memaksa tuan rumah Melayu Malaysia hanya layak bersaing bagi penentuan ketiga menentang India dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 9 April 2016.
Dalam pertemuan juga di Bayuemas Oval pada 8 April, , Melayu Malaysia hanya berupaya mengumpulkan 61 larian sekali gus menyaksikan Sri Lanka mengatasi lawan dengan sembilan wiket hanya dalam 11.4 over.
Sri Lanka, Afrika Selatan kuasai perlawanan
Friday, 08 April 2016 01:00
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka mudah membenam Thailand dengan lapan wiket dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Kinrara Oval 7 April 2016 sekali gus memudahkan peluangnya untuk beraksi bagi mempertahankan kejuaraan dalam babak akhir 10 April ini.
Walaupun Thailand hanya melakukan angka paling rendah (19 larian) dalam sejarah pertandingan yang dimulakan sejak tahun 2004, Sri Lanka melepasi angka berkenaan tetapi kehilangan dua wiket utama.
Sri Lanka yakin bersaing dalam babak akhir
Tuesday, 05 April 2016 20:49

Kejayaan luar dugaan bagi Melayu Malaysia
Monday, 04 April 2016 20:30
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia mencapai kejayaan luar dugaan apabila berjaya mengatasi India dengan tiga wiket menerusi perhitungan kaedah Duckworth-Lewis dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 4 April 2016.
Selepas hujan menghentikan permainan pada over ke-29, Melayu Malaysia ketika itu berkedudukan 96-6 dalam misi mengejar angka India berjumlah 147.
Melayu Malaysia atasi Bangladesh dengan 12 larian
Sunday, 03 April 2016 21:44
KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Melayu Malaysia mengiringi juara bertahan, Sri Lanka untuk memenangi perlawanan hari pertama Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa pada 3 April 2016.
Sri Lanka juara sembilan kali kejohanan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu mengatasi pemenang ketiga tahun lepas, Afrika Selatan dengan tujuh wiket di RSC Kiara.
Bukit Petaling, Pekan layak ke pusingan akhir
Sunday, 14 February 2016 22:44
Bukit Petaling dari Kuala Lumpur menang kedua-dua perlawanan kelayakan manakala Pekan (Pahang) mara setelah menewaskan Kuala Lipis, juga dari Pahang, dengan enam wiket.
Tiga pasukan bersaing dalam kelayakan Kriket Elit Bawah 12
Wednesday, 20 January 2016 20:52

Pegawai kementerian, Kriket Melayu bermesyuarat di Kuala Lipis
Sunday, 17 January 2016 21:44
Dalam mesyuarat perancangan kriket 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Sukan kementerian itu, Dr. Zuber Hassan di Putrajaya minggu lepas, telah diumumkan bahawa suatu laporan terkini akan dibentangkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Rosidah Kamaludin.
Tujuh sekolah berentap dalam perebutan Piala Ketua Pengarah Pelajaran
Tuesday, 12 January 2016 21:00
PUTRAJAYA - Tujuh pasukan akan berentap dalam Cabaran Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran tahun ini dengan penampilan tiga pasukan baharu.
Tiga pasukan yang akan membuat penampilan pertama kali ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang dan SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang, Kelantan.
More Articles...
Page 22 of 58