Fauzan pastikan Pahang atasi Perak

IPOH — Pemutar kanan, Fauzan Malik memastikan Pahang menang dengan 44 larian ke atas Perak dalam pertemuan kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja di STAR Oval di sini, 20 April 2024.

Bekas pemain prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang kini mengajar di Klang, Selangor meranapkan lima wiket lawan dengan menampilkan putaran mengelirukan di lapangan tengah.

”Keputusan hari ini amatlah menarik bagi menghidupkan peluang ke pusingan kedua nanti. Apapun Pahang bertekad memenangi semua baki perlawanan,” kata pengurus Pahang; juga bekas pemain peringkat usia kebangsaan, Rasul Iqbal Ghazali.


Pahang bagaimanapun dijinakkan Selangor dengan empat wiket dalam pertemuan 27 Januari 2024.

Perak masih mengintai kemenangan pertama setelah mengharungi dua perlawanan. Dalam perlawanan pertama, Perak tumbang dengan 72 larian kepada Selangor.

Setelah menenangi undian, Perak mempelawa Pahang memukul sehingga 180 larian dalam 39.4 over. Bekas pemain kebangsaan yang diamanahkan sebagai kapten Perak, Che Wan Razlan Zalati turut membaling dengan angka 2-28.


Perak berhadapan kesukaran apabila enam pemukulnya dikeluarkan pada kedudukan 51 dalam hanya 11 over. Apapun
ketukan pemukul ketujuhnya Amir Irfan Zamzuri (42 larian tanpa tewas) berjaya mengheret kedudukan sehingga 136 larian.

KEPUTUSAN

Pahang kalahkan Perak dengan 44 larian.


Pahang 180 (39.4 over) Fuzaimee Sukor 25; Nasrul Kamal Hamdan 24; Haris Harzan Halim kekal 23; Khairullah Remon Shaiful 22. Rahman Bahtiar 4-37; Adam Ikram Yusof 3-20; Che Wan Razlan Zalati 2-28.

Perak 136 (29 over) Amir Irfan Zamzuri kekal 42; Haziq Aiman Hafiz 32. Fauzan Malik 5-22;Hasmil Faeez Umar 2-34; Fuzaimee Sukor 2-44.

Pemain terbaik: Fauzan Malik (PAH)
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Pk) & Fahmy Alwi (Pk)
Pencatat: Ahmad Fikri Rahman (Pk)
Pengurus perlawanan: Nazmir Sungip (Pk)
 


PEMAIN terbaik pertemuan Pahang dengan Perak, Fauzan Malik (kanan) menerima penghargaan daripada pengadil, Rudy Ismandi Mansor di Ipoh, 20 April 2024.



SESI undian di lapangan tengah di STAR Oval di Ipoh, pagi 20 April 2024.