Diskaun yuran ahli hingga 50 peratus

MESYUARAT majlis ke-63 Persatuan Kriket Melayu Malaysia pada 28 Februari 2024 telah meluluskan cadangan untuk memberikan potongan sebanyak 50 peratus ke atas penyambungan keahlian yang melebihi 20 tahun.

Tawaran ini berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun 2024.

Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang mempengerusikan mesyuarat berharap semua bekas ahli dapat membayar tunggakan dengan kadar potongan istimewa ini.

Jumlah bayaran boleh dirujuk dengan kakitangan Kriket Melayu di talian 03.2145 0000 atau 03.2145 2222.