‘Orang kuat’ Charlie ketuai persatuan pengadil

KUALA LUMPUR — Bekas Pengurus Besar Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Charlie Chelliah menang tanpa bertanding untuk menduduki jawatan Presiden Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) bagi musim 2023-2025.

Pengumuman dibuat setelah pencalonan ditutup pada 18 November 2023, bagi perebutan jawatan ahli jawatankuasa ACU & S yang akan menghadapi mesyuarat agung dwitahunan, 2 Disember 2023.

Charlie, 69, menggantikan peguam dan tokoh korporat, Datuk Azmi Mohd. Ali yang mengetuai pertubuhan itu selama satu musim.

Bagi musim kepemimpinan MCA di bawah Tunku Imran Tuanku Ja’afar, Charlie; ‘orang kuatnya’ memikul tanggung jawab sebagai pengurus besar seawal 1990-an.

Jawatan-jawatan lain yang turut dimenangi tanpa bertanding membuktikan ia sebagai suatu isyarat sokongan penuh ahli kepada kepemimpinan baharu ini.

Shivanandha Chellappah yang berjawatan besar di firma Sime Darby sebelum persaraannya diberi mandat sebagai timbalan presiden.

Gerard Denis Singam kekal setiausaha manakala bekas kapten pasukan perempuan Malaysia, Arina A. Rahim sebagai timbalannya.

JAWATANKUASA ACU & S MUSIM 2023-2025:
Presiden: Charlie Chelliah
Timbalan Presiden: Shivanandha Chellappah
Setiausaha: Gerard Denis Singam
Timbalan Setiausaha: Arina. A. Rahim
Bendahari: Azmi Jaafar
Ahli Jawatankuasa Biasa: Razman Zabri,Faizshal Niaz-Lyn,Fadzrin Kate-Lee,Norharif Hamidon
 


CHARLIE CHELLIAH... berpengalaman menerajui Kriket Malaysia tahun 1990-an.



SHIVANANDHA CHELLAPPAH… memenangi jawatan timbalan presiden tanpa saingan.



GERARD DENIS SINGAM… kekal setiausaha.



ARINA A. RAHIM (kiri), bekas kapten skuad perempuan Malaysia, dilantik Timbalan Setiausaha dan AZMI JAAFAR diberi kepercayaan lagi sebagai bendahari.