Kelantan kalah teruk

KUALA LUMPUR — Kelantan yang rata-rata membariskan pemain peringkat sekolah dibenam Negeri Sembilan dengan sembilan wiket dalam babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri di Kelab Aman, 9 September 2023.

Dengan berbekalkan ramai pemain antarabangsa berpengalaman seperti Nik Azril Ariffin, Shafiq Sharif, Azwar Tajri dan Ammar Zuhdi Hazalan, juara bertahan itu memastikan lawan hanya mengetuk setakat 58 dalam 13.5 over.

Beberapa pemain utama Kelantan ‘hilang; kerana beraksi dalam liga T20 kebangsaan yang difahamkan hanya dianjurkan pada saat akhir.

Dalam 9.2 over, Negeri Sembilan melengkapkan kejuaraan musim 2023 dengan hanya pemain belia Malaysia tahun 1996, Masrulnizam Masrom terkeluar.

”Setelah lima kejuaraan merangkul Perisai Raja-Raja secara berturut-turut ini, kami akan berbincang mengenai penyertaan musim depan,” kata pengelola Negeri Sembilan, Azman Tajri.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan kejohanan ini sejak tahun 1951.

KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 9 wiket.

Kelantan 58 (13.5 over) Hairil Harisan 22; Nazril A. Rahman kekl 14. Nik Azril Ariffin 4-4; Badrul Boktian 2-4.
Negeri Sembilan 61-1 (9.2 over) Ammar Zuhdi Hazalan kekal 42; Nik Azril Ariffin kekal 14.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (NS)
Pengadil: Sivan Narayanan (Pk) & Faizshal Niaz-Lyn (KL)
Pencatat: Faris Almas-Lee (KL)
Pengurus perlawanan: Hussein Chou Abdullah (KL)
 


NEGERI SEMBILAN... juara musim 2023 bersama pegawai kejohanan dan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Arrifin Mohd. Ghani (belakang, tiga kiri).



PEMAIN terbaik babak akhir, Nik Azril Ariffin gembira menayangkan dua pingatnya dan Perisai Raja-Raja.



Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Arrifin Mohd. Ghani (tengah) menyampaikan Perisai Raja-Raja kepada kapten Negeri Sembilan, Shafiq Sharif. Kiri ialah Ahli Majlis Kriket Melayu, Muammar Isaruddin Mat Isa.



PASUKAN Kelantan yang membariskan rata-rata pemain peringkat sekolah.



PENCATAT, Faris Almas-Lee (kiri) dan dua pengadil, Sivan Narayanan (tengah) dan Faizshal Niaz-Lyn.