Tunku Ampuan Najihah mangkat

KUALA LUMPUR — Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada pagi, 8 September 2023 di Hospital Cardiac Vascular Sentral di sini.

Baginda ialah Raja Permaisuri Agong X dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008.

Tunku Najihah, 100, merupakan permaisuri kepada Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman; Yang di-Pertuan Agong dari 1994 hingga 1999.

Tuanku Ja’afar yang mangkat pada tahun 2008 ialah Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai 1994 hingga tarikh kemangkatan baginda.

Tunku Najihah bergiat dalam banyak pertubuhan sukarela termasuk menyokong kegiatan kriket perempuan yang diusahakan Kriket Melayu.

Baginda bersetuju penampilan Perisai Tuanku Najihah yang dipertandingkan di kalangan sekolah Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu dari tahun 2014 sehingga 2017.
 
 
 
TUNKU NAJIHAH menyerahkan perisai baginda kepada kapten Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis Norhayati Zakaria yang menjuarai Kejohanan Kriket Perempuan Kebangsaan anjuran Kriket Melayu di Bayuemas Oval tahun 2014. Sebelah kiri ialah Yang Dipertua Kriket Melayu (Allahyarham) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.



TUNKU NAJIHAH bergambar bersama pegawai Kriket Melayu dan barisan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis yang menjadi juara Kejohanan Kriket Perempuan Kebangsaan sekali gus memenangi Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval tahun 2017.