News
Negeri Sembilan kekal juara atasi Selangor
Sunday, 25 August 2019 21:12
NEGERI SEMBILAN meneruskan keperkasaan dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Kriket Melayu Antara Negeri apabila memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun kedua berturut-turut di Bayuemas Oval, Klang berakhir 25 Ogos 2019.
Setelah ketinggalan 51 larian dalam ining pertama kepada Selangor, pasukan itu mampu menguasai babak kedua apabila menghentikan pukulan lawan setakat 39 larian bagi memberikan kemenangan 79 larian kepada Negeri Sembilan.
Machang benam Ipoh, Sepang
Saturday, 17 August 2019 20:14
JUARA tahun 2016 dan 2017, Machang mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan dua kemenangan selesa dalam pusingan awal Kumpulan B di Bayuemas Oval, 17 Ogos 2019.
Pasukan gagah dari Kelantan itu menumbangkan Sepang dari Selangor dengan 38 larian dalam perlawanan sesi pagi sebelum membenam Ipoh dengan 48 larian pada pertemuan berikutnya.
Bayuemas terkeluar, Seremban ke perlawanan akhir
Sunday, 04 August 2019 20:44
Sepang hentikan kemaraan Kuala Langat
Tuesday, 30 July 2019 20:40
Negeri Sembilan mohon bantuan Kriket Melayu
Thursday, 25 July 2019 23:26
DUA pegawai utama Persatuan Kriket Negeri Sembilan mengadakan pertemuan rahsia dengan Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah untuk memohon bantuan dalam pembangunan kriket yang semakin tenat.
Perbincangan serius hampir enam jam sehingga pukul 2 pagi, 23 Julai 2019 di ibu pejabat Kriket Melayu dihadiri Presiden Kriket Negeri Sembilan, Senathiraj Thevaratnam dan setiausahanya Lionel Anthony Rajoo.
Norhamizan pastikan Selangor bergaya ke babak akhir
Sunday, 21 July 2019 20:57
KUALA LUMPUR: Selangor bangkit menguasai perlawanan menentang Perlis pada 21 Julai 2019 di Bayuemas Oval, Klang dalam aksi penentuan ke babak akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila mengatasi sasaran lawan dalam over paling akhir saingan dua ining.
Selangor yang hanya berada di tangga keempat kumpulan melonjak ke tempat kedua selepas sasaran 15 dalam over terakhir mampu dihimpun hingga 17 larian menerusi dua hayunan enam Norhamizan Hamidon.
Seremban ratah Kampung Gelam dengan larian tertinggi
Saturday, 13 July 2019 20:16
Kumpulan baharu dibentuk, menuju kecemerlangan
Friday, 05 July 2019 23:10
KUALA LUMPUR - Majlis Kecil Pertandingan Persatuan Kriket Melayu Malaysia dirombak secara keseluruhan bagi memantapkan perancangan sehingga awal tahun 2020.
Dalam mesyuarat di ibu pejabat persatuan itu di Bukit Petaling, Kuala Lumpur petang 4 Julai 2019, bekas penyelaras program bawah 12 Bertam Malim, Melaka, Rashid Yasin dipilih sebagai pengerusi baharu.
Saingan Trofi Melayu Antarabangsa ditunda
Tuesday, 14 May 2019 15:35
SAINGAN Trofi Melayu Antarabangsa XII yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 28 Disember 2019 di Hambantota, selatan Sri Lanka telah ditunda ke tahun 2020.
Pengarah pertandingan, Chihan Singhawansa membuat pengumuman berkenaan berikutan keadaan keselamatan di Sri Lanka buat masa ini masih belum stabil berikutan letupan di beberapa geraja baru-baru ini.
Kriket: Kelantan perlu jurulatih tambahan di Gua Musang
Saturday, 27 April 2019 19:26
PERSATUAN Kriket Negeri Kelantan akan memohon jurulatih tambahan untuk membangunkan lebih 100 pemain remaja di bawah program pembangunan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (TIP) di Gua Musang.
Setiausaha Kriket Kelantan baharu, Ummi Mariza Che Ya tegas mengumumkan keperluan persatuannya dan akan menulis kepada Persatuan Kriket Malaysia untuk mendapatkan seorang jurulatih balingan bagi ditempatkan di Gua Musang Julai ini.
Saingan lebih terbuka ke babak akhir
Thursday, 25 April 2019 22:06
KUALA LUMPUR - Penentuan dua pasukan teratas untuk layak ke perlawanan akhir kriket antara negeri merebut Perisai Raja-Raja kini lebih terbuka.
Dalam perlawanan hujung minggu (20 & 21 April 2019), Perlis kalah dengan ining dan lapan larian kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Kajang Oval. Di Bayuemas Oval, Klang pula, Tentera menumbangkan Kedah dengan tujuh wiket.
More Articles...
Page 11 of 58